PENGUMUMAN

 

1. PRA-PENDAFTARAN PAKAR PERGIGIAN

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Pergigian Malaysia (MPM) kini dalam peringkat membuat persediaan ke arah pelaksanaan Akta Pergigian 2018. Sebagai langkah awal, MPM akan memulakan pra-pendaftaran pakar pergigian di bawah seksyen 34.

Buat masa ini, kepakaran yang telah dikenal pasti adalah kepakaran berikut:

i. Endodontik

ii. Kesihatan Awam Pergigian

iii. Odontologi Forensik

iv. Ortodontik

v. Patologi Mulut dan Perubatan Mulut

vi. Pembedahan Mulut dan Maksilofasial

vii. Pergigian Pediatrik

viii. Pergigian Penjagaan Khas

ix. Pergigian Restoratif

x. Periodontik

xi. Prostodontik

xii. Radiologi Oral dan Maksilofasial

Sehubungan itu, mana-mana pengamal pergigian yang layak boleh mengemukakan borang pendaftaran dan dokumen yang berkaitan untuk penilaian.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, sila hubungi Dr. Suziyana binti Sudin atau Dr. Nur Hamizah binti Abu Bakar (secretarymdc@moh.gov.my/ 03 - 8318 6440/ 4509/ 7044).

Surat dari Yang Dipertua

Borang Pra-Pendaftaran

Tarikh: 10 Ogos 2020


Majlis Pergigian Malaysia (MPM) :: Malaysian Dental Council (MDC)

http://mdc.moh.gov.my/bm/modules/mastop_publish/?tac=Pengumuman