MOBILE APPLICATION

 

myHealth Apps

 

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah melaksanakan mobile application yang dinamakan myHealth Apps. Projek ini dilaksanakan untuk memudahkan rakyat mencapai maklumat perkhidmatan kesihatan dengan cepat, mudah dan selesa pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan menggunakan peranti pintar atau smartphone.

 

Maklumat perkhidmatan kesihatan yang disediakan dalam myHealth Apps adalah:

1. Senarai Fasiliti Kemudahan Kesihatan

2. Soalan Lazim Kesihatan

3. Penilaian Risiko Kesihatan

4. Semakan Pengamal Perubatan

5. Semakan Produk Berdaftar

6. Mobile Denggi

 

MyHealth Apps boleh dimuat-turun menggunakan platform Android dan iOS.

 

A. Untuk muat turun myHealth Apps menggunakan platform Android

1. Mengunakan Play Store pada telefon

- Buka Play Store/ Google Play App dalam telefon pintar anda

- Carian > MOH Malaysia

- Klik > Open

- Terus install ke telefon pintar anda.

atau

2. Menggunakan Pelayar Web: Klik Sini

 

B. Untuk muat turun myHealth Apps menggunakan platform iOS

1. Menggunakan iTunes

- Buka iTunes pada komputer anda

- Taipkan myhealth pada kotak Search

- Pilih iPhone Apps atau iPad Apps mengikut kesesuaian peranti

- Klik Install

atau

2. Menggunakan Pelayar Web: Klik Sini

 

Klik di sini untuk Risalah Mobile Apps

 

Tarikh Kemaskini: 18 Februari 2013


Majlis Pergigian Malaysia (MPM) :: Malaysian Dental Council (MDC)

http://mdc.moh.gov.my/bm/modules/mastop_publish/?tac=Mobile_Apps